Friday, 3 February 2012

Maafkan Saya..

Assalammualaikum dan Bismillahirrahamanirrahim


Setelah hampir seminggu kami berperang antara satu sama lain.. Akhirnya peperangan kami dah pun berakhir.. Ini disebabkan aku yg mengalah dan ta nak meneruskan lg sbb hatiku berasa sedih yg teramat dan sakit.. Mngkin ini jalan yg terbaik untuk aku mengakhirinya.. Wlaupun aku mengalah tidak bermakna aku yg salah sbb hanya Allah,aku dan sahabatku yg tahu kebenarannya.. Tapi aku berasa sedikit kecewa kerana Mr. X tetap dengan pendirian dia bahawa aku salah.. Dan paling menyakitkan hati bila dia mengungkit kisah yg lama hanya semata2 untuk menunjukkan bukti bahawa aku perempuan materialistik.. Ya Allah!! Ketika itu aku hanya beristghfar dn bersabar dgn segala tuduhan Mr. X.. Setelah itu,aku ambil keputusan untuk remove Mr. X dan block Mr. X.. Bknnya sbb aku bencikan dia.. Tapi,biar aku saja yg tahu.. Lgpun demi kebaikan kami berdua.. Aku tahu hukumnya apabila tidak bertegur selama 3 hari.. Tapi aku tetap dgn kputusan aku.. Ya Allah.. Maafkan hambaMu kerana terpaksa berbuat demikian.. 



p/s: Awak,saya minta maaf sbb buat mcm tu dan saya dah maafkan awak atas segala yg awk lakukan terhadap sy..

Sunday, 29 January 2012

gembira + sedih

Assalammualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah,sesungguhnya aku bersyukur terhadapMu kerana telah memberi rezeki yg tidak ternilai bagi keluarga pak cik ku.. Tahniah!! Sebab dapat ank yg kedua.. Comel bdx tu.. Perempuan lak tu.. Wah!! Happynya.. Excited nk tgk baby tu nnt.. Tak pe2x.. Nnt aq download gmbar baby tu.. InsyaAllah.. Dalam masa yg sama.. Aku sedih.. Npe dia menghina aku sampai mcm tu sekali?? Npe dia gnggu kehidupan aku lg?? Aku tak tahu apa tujuan dia.. Sedangkan aku dengan dia tiada apa2 hubungan lg.. Hatiku berasa sedih yg teramat kerana menuduh aku yg bukan.. Aku sedar diri aku siapa.. Jangan hanya kerana dia dari keturunan yg baik.. Dengan suka hati dia menuduh aku dan menghina aku.. Sudahlah menuduh aku.. Ditambah lg tanpa bukti.. Aku hanya mampu beristghfar dan mengalirkan air mata saja.. Tidak puas lg ker apa yg dia dah buat terhadap aku sebelum ni?? Aku tahu bahawa perbuatan menipu itu berdosa.. Sejujurnya apa yg ku katakan adalah benar.. Ntahla.. Smpai bila lg dia nk skitkan hati aku.. 





p/s:jgn sesuka hati awk nk hina sy.. sebab sy pun ader maruah jugak..

Wednesday, 25 January 2012

Hentikanlah!!!

Assalammualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,sesungguhnya aku bermohon kepadaMu. Kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku ini yg sememangnya mudah rapuh.. Kali ini aku banyak beristighfar.. Supaya aku tidak mudah tergoda dengan godaan syaitan... Kenapa aku buat mukadimah sebegini?? Ini kerana aku sedang bersabar untuk melayan karenah seorang hamba Allah yg telah mencabar emosiku.. Sebelum aku memulakan cerita ini,biarlah aku gelarkan hamba Allah itu dengan gelaran Mr.X.. Dulunya beliau amat rapat dengan aku.. Tetapi keadaan telah membuat aku menyepikan diri dari Mr.X.. Biarlah akq yg tahu punca kami tidak berhubung lagi.. Bak kata Siti Nurhaliza-Biarlah Rahsia.. cewah!! Back to the story.. Hampir setahun kami tidak bertegur sapa namun dengan kuasa Allah,kami telah berhubung semula atas dasar sahabat.. Mula2 Mr.X yg tegur dulu.. Bertanyakan khabar.. Aku berasa pelik kenapa Mr.X tegur aku?? Namun aku berfikiran postif.. Aku menjawab pertanyaannya.. Tapi ada satu soalan yg mengarut.. Mcm ni bunyinya... (Dah ada pengganti?? ke awak masih suka saya lagi??).. Haaa..??? Agak terkejut bila dia bertanyakan soalan sedemikian.. Aku ingatkn dia sudah berubah dengan kehidupan baru dia.. Tapi masih lagi dengan perangai lamanya.. Dengan penuh sabar aku menjawab (soal hal peribadi saya tak nak bahaskannya).. Kemudian aku pun off9 dri laman sosial tu.. Pada keesokkan harinya,Mr.X ada menghantar inbox ke laman sosial aku.. Mr.X bertanyakan begini (Kata awk ta tolong ayah awk.. Petang2 dah nmpk dgn pkai bju purple.. Ish ta kan menipu lak??).. Dengan sakitnya hati ini.. Aku menjawab (Setahu saya,saya tidak ada bju berwrna purple dan sy mmg ta tlg ayh sy sbb sy dduk dkat rumah sje..) Tapi Mr.X tetap dengan pendiriannya yg tidak ada bukti yg kukuh ini kerana dia ternampak ibu aku yg seiras dgn muka aku(dah nme pon anak beranak).. Lalu aku menjawab lagi (Sudah2 lah awk.. Ta yah la sakitkan hati saya lagi.. Saya ta nak bergaduh dgn awk dan sy xna bergaduh hnya perkara kecil je.. A[pe2 pun sy ttap dgn pendirian sy yg sy benar dan awk salah).. Ya Allah,hanya tuhan saje yg tahu apa perasaanku ketika itu.. Ini kerana dia pernah mengatakan bahawa aku ini perempuan materialistik dan aku ini seorang penipu.. Aku berharap dia sedar dengan perbuatannya...



Tidak Ku Duga

Assalammualaikum dan bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ni nk cerita ttg hubungan seseorg.. Hubungan ni ada kaitan dgn org disekeliling sy.. Ceritanya bermula apabila seorang kenalan sy yg juga merupakan teman rapat sy telah berpisah dgn kekasih hatinya.. Punca mereka berpisah biarlah dirahsiakan kerana tidak ingin mengaibkan mana2 pihak.. Takut mnjadi fitnah pulak.. Biar sy gelarkn teman rapat sy tu Miss I dan kekasih hatinya Mr. A.. Ini kerana mereka juga merupakan teman rapat sy.. Miss I sangat la menyayangi Mr. A.. Walaupun hubungan mereka pernah bergolak sementara tetapi Miss I tetap setia dgn Mr. A.. Mereka berkenalan dari sekolah lg... Inilah dikatekan jodoh.. Namun semuanya telah berubah apabila Mr. A telah pergi jauh untuk meneruskan cita2nya dan Miss I pula telah melanjutkan pengajiannya.. Sikap Mr. A telah berubah apabila telah berhijrah ke tempat yg jauh.. Ini kerana sikap Mr. A yg terlalu pentingkan diri sendiri.. Miss I pula sabar melayan karenah kekasih hatinya.. Satu hari,Miss I baru pulang dari sesi pengajiannya lalu mengambil keputusan untuk berehat sbntar kerana telah berjanji dgn Mr. A untuk berbual nnt.. namun keletihan Miss I telah membuatkan Miss I tidur dgn lena sehinggalah Mr. A menelefon untuk melepaskan sarang rindunya terhadap Miss I.. Tetapi keletihan yg sedang dihadapi Miss I membuatkan Miss I menjawab dgn keletihan sehingga Mr. A marah dan telah membuat keputusan yg terburu2.. Akhirnya hubungan mereka telah berakhir.. Namun demikian Miss I masih lg menyayangi Mr. A tetapi Mr. A telah lupa dgn Miss I dgn begitu cepat.. Meskipun Mr. A pernah menyatakan bahawa dirinya masih lg menyayangi Miss I.. Akhirnya rahsia terbongkar apabila Miss I menceritakan kepada saya tentang perkara sebenar.. Rupa2nya Mr. A telah ada pengganti yg jugak merupakan teman rapat sy.. Tidak ku duga begini jadinya.. Namun Allah Maha Berkuasa kerana jodoh Mr.A tidak kesampaian dengan kekasih barunya manakala Miss I kini telah ada pengganti Mr.A.. Kini Mr.A  berasa kesunyian dan sedang mencari seseorang untuk mengisi hatinya yg kosong itu.. Semoga Miss I bahagia dgn insan baru dan semoga Mr.A dapat jodoh yg baik dan solehah.. Disini sy dapat pengajaran bahawa hargailah dan fahamilah orang yg tersyg tidak kira sama ada keluarga,sahabat mahupun kekasih...





 Akhir sekali setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Jodoh ,ajal dan maut ditangan tuhan.. Kita perlu berusaha dan bertawakal kepadaNya.. InsyaAllah kerana Allah telah menetapkan jodoh masing2..

Tuesday, 17 January 2012

tentang perasaanku

ASSALAMMUALAIKUM DAN 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Semua orang pernah bercinta kan?? termasuk la saya..walaupun ketika itu saya masih dibangku sekolah lg..maklum la.. cinta monyet la dikatekan..tp terus terang hamba Allah yg pernah singgah dihati saya itu merupakan insan yg saya syg..tp apekan daya.. jodoh saya dengan dia tidak kesampaian..segalanya telah ditetapkan oleh Maha Esa..hubungan kami telah putus buat selamanya..aq redha dengan ketentuanNya..walaupun hati saya berat untuk melepaskannya..mesti ade sebab kenapa saya dengan dia putus..puncanya biarlah saya dn dia saje yg tau..sbb saya ta nak aibkan spe2..yg pnting dia pon dh jumpa pengganti saya..sejujurnya saya amat sedih sbb hbngan mereka dh lme terjalin sebelum saya dn dia putus..it's oke..sy redha..itu semua dugaan buat saya..hmpir setahun saya ta bertegur sapa dgn dia..bknnya sbb msih mrh atau benci..ianya sbb dia itu milik org..nanti ape pulak kate org..lbih2 lg kekasih hati dia..entry yg saya tulis ni bknnya untuk mngaibkan dia atau mnceritakan kburukan dia..ini adalah perasaan saya yg selama ini saya ingin luahkan..setiap manusia pasti ada yg membuat silap sbb kite ni hanyalah insan biasa yg selalu membuat kesilapan..apa2 pun pengalaman sebegitu rupa telah memberi saya pengajaran unutk lebih berhati2 dlm dunia percintaan..alhamdulillah..kini hubungan saya dan dia baik dan kami masih berkawan..perasaan yg saya hadapi ketika ini hanya Allah SWT saja yg tahu..





p/s: jodoh,ajal dan maut segalanya ditangan tuhan..(semoga awak bahagia hingga akhir hayat)