Assalammualaikum dan bismillahirrahmanirrahim
Entry kali ni nk cerita ttg hubungan seseorg.. Hubungan ni ada kaitan dgn org disekeliling sy.. Ceritanya bermula apabila seorang kenalan sy yg juga merupakan teman rapat sy telah berpisah dgn kekasih hatinya.. Punca mereka berpisah biarlah dirahsiakan kerana tidak ingin mengaibkan mana2 pihak.. Takut mnjadi fitnah pulak.. Biar sy gelarkn teman rapat sy tu Miss I dan kekasih hatinya Mr. A.. Ini kerana mereka juga merupakan teman rapat sy.. Miss I sangat la menyayangi Mr. A.. Walaupun hubungan mereka pernah bergolak sementara tetapi Miss I tetap setia dgn Mr. A.. Mereka berkenalan dari sekolah lg... Inilah dikatekan jodoh.. Namun semuanya telah berubah apabila Mr. A telah pergi jauh untuk meneruskan cita2nya dan Miss I pula telah melanjutkan pengajiannya.. Sikap Mr. A telah berubah apabila telah berhijrah ke tempat yg jauh.. Ini kerana sikap Mr. A yg terlalu pentingkan diri sendiri.. Miss I pula sabar melayan karenah kekasih hatinya.. Satu hari,Miss I baru pulang dari sesi pengajiannya lalu mengambil keputusan untuk berehat sbntar kerana telah berjanji dgn Mr. A untuk berbual nnt.. namun keletihan Miss I telah membuatkan Miss I tidur dgn lena sehinggalah Mr. A menelefon untuk melepaskan sarang rindunya terhadap Miss I.. Tetapi keletihan yg sedang dihadapi Miss I membuatkan Miss I menjawab dgn keletihan sehingga Mr. A marah dan telah membuat keputusan yg terburu2.. Akhirnya hubungan mereka telah berakhir.. Namun demikian Miss I masih lg menyayangi Mr. A tetapi Mr. A telah lupa dgn Miss I dgn begitu cepat.. Meskipun Mr. A pernah menyatakan bahawa dirinya masih lg menyayangi Miss I.. Akhirnya rahsia terbongkar apabila Miss I menceritakan kepada saya tentang perkara sebenar.. Rupa2nya Mr. A telah ada pengganti yg jugak merupakan teman rapat sy.. Tidak ku duga begini jadinya.. Namun Allah Maha Berkuasa kerana jodoh Mr.A tidak kesampaian dengan kekasih barunya manakala Miss I kini telah ada pengganti Mr.A.. Kini Mr.A berasa kesunyian dan sedang mencari seseorang untuk mengisi hatinya yg kosong itu.. Semoga Miss I bahagia dgn insan baru dan semoga Mr.A dapat jodoh yg baik dan solehah.. Disini sy dapat pengajaran bahawa hargailah dan fahamilah orang yg tersyg tidak kira sama ada keluarga,sahabat mahupun kekasih...
Akhir sekali setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Jodoh ,ajal dan maut ditangan tuhan.. Kita perlu berusaha dan bertawakal kepadaNya.. InsyaAllah kerana Allah telah menetapkan jodoh masing2..
No comments:
Post a Comment